Pendaftaran Pelajar Baru Berjalan Lancar


 

Pendaftaran pelajar baru program Ijazah Sarjana Muda yang bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 7 September berjalan dengan lancar.

Bagi semester 1 2011/2012 ini, UTHM menawarkan sebanyak 2518 tempat untuk pelajar baru.

Pendaftaran kali ini menyaksikan UTHM menerima beberapa pelajar dari universiti lain yang mengikuti program pertukaran pelajar iaitu dua dari Jepun dan lima dari universiti tempatan.

Untuk semester ini, UTHM juga menerima 59 pelajar dari luar negara yang datang dari Libya, Yamen, Somalia, Brunei, Chad, Filipina, Kemboja dan lain-lain.

Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan oleh enam fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Kesemua mereka akan menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh pihak Universiti.

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM juga turut meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga para pelajar yang mendaftar, melalui sesi temubual yang diadakan.┬áSeramai 2154 orang telah dicatat pada pukul 5 petang tadi.

Pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan keluarga yang membantu proses kemasukan para pelajar baru ini ke UTHM. Kemasukan pelajar-pelajar baru ini amatlah dialu-alukan dan diharapkan mereka dapat menempuh alam kampus dengan sebaik mungkin seterusnya berjaya menggenggam segulung ijazah di akhir pengajian kelak.

Kami daripada Majlis Pewakilan Pelajar UTHM 2011 mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada anda semua yang berjaya memasuki UTHM. Semoga dapat menjalani sebagai Siswa dan Siswi UTHM yang Terbaik Di Malaysia.

 

About these ads

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 09/09/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. hoho selamat datang pelajar baru! :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: