Pembinaan Hentian Bas UTHM

 

Pihak universiti telah meluluskan pembinaan hentian bas di dalam seluruh kampus selepas pelbagai proses perbincangan antara Majlis Perwakilan UTHM bersama pihak universiti. Kini sedang melalui proses sebut harga dan jangkaan pembinaan adalah sekitar 1 bulan/2 bulan dari sekarang.

Semoga pembinaan Perhentian bas ini dapat memberi keselesaan kepada warga UTHM dan kebajikan pelajar semakin bertambah baik dari semasa ke semasa.

 

Advertisements

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mula mengagihkan baucar buku 1Malaysia berjumlah RM200 seorang kepada kira-kira 12,988 orang mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh atau separa masa.

Para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) sebelum ini menerima khabar gembira apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan mengumumkan pemberian baucar buku 1Malaysia bernilai RM200 setiap seorang semasa pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu di Parlimen.

Rentetan pengumuman tersebut, UTHM telah menerima sebanyak RM2.6 juta untuk diagihkan kepada para pelajar yang layak. Inisiatif ini dirangka bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian selain untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi Y.

Bagi menyempurnakan amanah tersebut, UTHM telah mengadakan Majlis Pelancaran Baucar Buku 1Malaysia bertempat di perkarangan Perpustakaan pada 9 Januari 2011. Dalam majlis tersebut Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin telah menyerahkan baucar buku 1Malaysia kepada wakil pelajar setiap fakulti dan pusat pengajian.

Beliau ketika ditemubual berharap para pelajar dapat memanfaatkan insentif yang diberikan dengan sebaik mungkin demi kepentingan pengajian masing-masing.

Sementara itu, Norliyana Mohd. Noor,23 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) mewakili pelajar UTHM melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan memberi mereka insentif bagi meringankan beban perbelanjaan mereka sepanjang pengajian.

“Pemberian baucar ini amat bermakna kepada kami, terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa kriteria telah digariskan oleh kerajaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu layak menerima baucar buku tersebut. Antaranya ialah pelajar tersebut mestilah warganegara Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian secara separa atau sepenuh masa di institusi pengajian di bawah seliaan Kementeriaan Pengajian Tinggi atau yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia

Justeru, setiap pelajar UTHM yang berkelayakan boleh menuntut baucar tersebut mulai 9 Januari hingga 31 Mac 2012 di fakulti masing-masing.

Disediakan Oleh :

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177

Tahniah kepada Saudara Hafiz Ariffin, Yang Dipertua MPP UTHM

Selamat Tahun Baru 2012

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada warga UTHM. Kita tahu, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.

Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.

Kepentingan bermuhasabah

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Contohnya, bagi sesesuatu organisasi yang menjalankan program, (terutamanya selepas program mungkin mengalami masalah dan isu berbangkit) pasti akan diadakan muhasabah atau dikenali sebagai post-mortem. Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkankualiti program untuk seterusnya bagi untuk menjaga keselesaan pengguna dan sebagainya.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.

Kelebihan bermuhasabah

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Maka, di kesempatan ini, MPP UTHM menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini dan kurangkan perlingkahan sesama manusia. Sama-sama kita berfikir dan renungkan bersama.

MPP UTHM 2011 Anjur Sesi Diskusi Pindaan AUKU

31 Desember: Sesi diskusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM tahun 2011 bersama pemimpin-pemimpin kelab dan kolej kediaman berkenaan dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) seksyen 15 telah berlansung pada pagi tadi di Dewan Jemaah UTHM.

Matlamat diskusi ini adalah untuk mengambil pandangan dan pendapat pemimpin-pemimpin mahasiswa UTHM tentang bentuk pindaan yang diiginkan mahasiswa. Perbincangan yang mengambil masa selama 3 jam ini digunakan sebaik mungkin. Hasil dari diskusi ini, segala pendapat dan idea yang dilontaran akan direkodkan seterusnya di hantar kepada Jawatankuasa Pindaan Auku.

Barisan pemimpin-pemimpin mahasiswa UTHM 2011