Program Pensiswazahan Guru di UTHM


Salah seorang MPP dan urusetia membantu dalam program PJJ

Program ini  dilaksanakan dibawah tanggungjawab Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pejabat Pengurusan Akedemik (PPA) dan Pejabat Bendahari serta dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2011 dari  Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar. Seramai 3 org ahli MPP dan 17 orang pelajar UTHM membantu program ini.

Program ini melibatkan para guru dari sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Johor dan ada sesetengah dari negeri- negeri berdekatan. Tetapi ada juga beberapa orang guru yang datang dari Sabah dan Sarawak. Seramai lebih kurang 850 orang guru yang mendaftar dalam program ini. Program ini dibawah kursus pendidikan teknikal. Bagi para guru sekolah rendah dibahagikan kepada 3 pengkhususan iaitu Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup. Manakala guru sekolah menengah dibahagikan kepada pengkhususan Teknik dan Vokasional.

Pada 12 Mac 2011 (Sabtu), diadakan pendaftaran bagi program pensiswazahan guru bermula pada jam 8.30 pg – 4.00 ptg. Pada sebelah petang dalam pukul 3 petang para guru mengikuti Majlis Amanat bersama Naib Canselor UTHM Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh bin Dalimin.

Pada 13 Mac 2011 (Ahad), Majlis mengisi borang perjanjian bersama pengurusan PPG berlangsung pada jam 8.30 pagi dan disebelah petang pula diadakan sesi mengisi borang daftar subjek dan perpindahan kredit. Para petugas-petugas dan MPP membantu dalam melancarkan proses pendaftaran dan pegisian borang – borang para guru serta menguruskan bahagian makanan untuk para guru sepanjang program dua hari ini.

Program berakhir pada petang Ahad dengan jayanya dan para guru akan memulakan proses pembelajaran mereka di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) tidak lama lagi. Diucapkan ribuan terima kasih kepada para petugas yang membantu MPP sepanjang program dua hari ini.

gambar semasa program PJJ:


Disediakan oleh,

Norasyida Binti Ihsak
Timbalan Pengerusi II
Jabatan Akedemik dan Pembangunan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar tahun 2011
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 18/03/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: