Kempen ‘EARTH HOUR’ di Kampus UTHM


Sempena ‘Earth Hour’ yang berlangsung pada 26 Mac 2011 bermula jam 8.30 dan berakhir pada 9.30 malam telah disambut seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) juga turut tidak ketinggalan menyahut seruan kempen ini dengan anjuran bersama Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina dengan tema  “Tutup Lampu Anda, Selamatkan Bumi Kita…”.

Objektif sebenar kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada generasi muda dan khususnya warga UTHM tentang isu kesan pemanasan global dan pencemaran kepada bumi dan manusia sejagat. Langkah ini sebagai tanda sokongan moral universiti kepada dunia dalam menyahut saranan WWF, melindungi bumi dari terus dicemari akibat kerakusan manusia mengejar kemajuan serta pembangunan tanpa menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar.

Tepat jam 8.30 malam, kempen menutup lampu bermula dengan lampu jalan, lampu kawasan dan lampu bangunan yang ditutup secara berperingkat dalam kampus UTHM. Program bersama ini juga, turut sertai oleh penghuni asrama Kolej Kediaman Tun Fatimah, Tun Dr. Ismail dan Tun Syed Nasir dengan menutup keseluruhan lampu blok asrama. Kempen yang berlangsung selama sejam ini telah menyebabkan kampus induk UTHM gelap gelita bila semua lampu ditutup.

Program ini mendapat sambutan dan kerjasama baik dari Unit keselamatan, pengetua serta warga kolej kediaman sekitar kampus.  Sehubungan itu, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua PTj dan warga universiti kerana bersama-sama menjayakan kempen ‘Earth Hour’ di kampus UTHM. Tak lupa juga kepada kru teknikal Unit Elektrik dan Mekanikal Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Harta, PPH yang turut berganding bahu membuat persiapan dan operasi bagi menjayakan kempen ‘Earth Hour’ UTHM pada malam tersebut.

Semoga langkah ini, dapat memberi kesedaran kepada warga UTHM agar menjaga alam sekitar dan disamping peranan universiti ke arah menyumbang idea, penyelidikan dan kepakaran teknologi untuk menjamin kesejahteraan bumi dan manusia sejagat.

Dikeluarkan oleh:

Pegawai Perhubungan Awam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 01/04/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: