Majlis Ramah Mesra Menteri Pengajian Tinggi Bersama MPP IPTA Sesi 2010/2011


Gambar 1 : MPP UTHM bersama MPP daripada IPT lain.

PWTC :  Majlis Ramah Mesra  antara YB. Dato’ Seri Mohamed  Khaled Nordin bersama kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  IPTA Sesi 2010/2011 telah diadakan pada 7 April yang lalu. Majlis yang dihadiri oleh semua MPP IPTA seluruh Malaysia telah berjaya membina silaturrahim sesama mereka. MPP UTHM telah menghantar seramai dua puluh orang.

Gambar 2 : semasa saudara Wan Azman Hazman menyampaikan ucapan

Dalam pembukaan majlis, saudara Wan Ahmad Hazman, selaku Presiden MPPK telah menyampaikan ucapan dan beberapa pesanan sebagai pembuka majlis. Dalam ucapan beliau, ada dinyatakan bahawa MPP IPTA kali ini adalah bersifat 1Malaysia.

 

Gambar 3 : Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin memberikan amanat kepada MPP baru.

Tambahan pula, Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut menyampaikan amanat kepada para pemimpin mahasiswa. Beliau menggesa kepimpinan MPP kali ini perlu bertindak sebagai ejen perubahan, pemimpin universiti, dan penentu masa depan negara yang menghargai nilai perbezaan.Turut sama timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Mohd Noor.

Gambar 4 : MPP UTHM turut memberikan Gambar Carta Organisasi kepada Dato Seri Mohamed Khalid Nordin

Sambil mendengar amanat, sajian makanan turut disediakan buat semua tetamu yang hadir. Di samping itu, majlis ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan-persembahan yang menarik daripada pelbagai universiti.

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 13/04/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: