Majlis Solat Hajat Perdana


TENTATIF PROGRAM MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA
(19 APRIL 2011)

7.00 pm : Ketibaan para jemputan
7.15 pm : Solat Magrib dan solat hajat berjemaah (Ustz. Kamal Izhar bin Kamarul
Zaman)
8.00 pm : Bacaan Yassin
8.30 pm : Ucapan Naib Canselor
8.45 pm : Solat Isyak berjemaah
9.00 pm : Jamuan makan
9.30pm : Slot motivasi pelajar (Prof. Madya Dr. Hussain b. Hj. Othman)
10.30pm: Bersurai

19 April : Majlis Perwakilan Pelajar UTHM telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana bersempena Peperiksaan Akhir Semester dan Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun 2011.

Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah telah diadakan di masjid UTHM. Majlis tersebut bermula pada jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam yang dihadiri lebih 400 orang mahasiswa. Majlis telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM yang mewakili Profesor Dato’. Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor UTHM.  Turut hadir, Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus, Pengarah Pusat Islam. Pada majlis itu juga, satu ceramah yang bertajuk Ciri-ciri Mukmin Cemerlang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hussain bin Hj. Othman, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), Fakulti Sains, Sastera dan Warisan.

Majlis tersebut dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara Majlis Perwakilan Pelajar dengan mahasiswa UTHM. Selain itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan di kalangan mahasiswa tentang peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa dan hambaNya seterusnya menyemai rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t di dalam diri mahasiswa demi membentuk kekuatan yang ampuh dalam menghadapi cabaran dunia semasa. Sesungguhnya rasa kesyukuran itu amat penting bagi manusia dan mendekatkan lagi hubungan dengan penciptanya dengan melakukan perkara yang diperintahkanNya dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Majlis ini juga bertujuan untuk melatih mahasiswa supaya membiasakan diri untuk mengunjungi dan solat berjemaah di masjid serta melakukan pelbagai aktiviti yang membawa manfaat kepada mahasiswa. Melalui ceramah yang disampaikan, ia dapat memberi ilmu yang berguna kepada mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari pelbagai aspek rohani dan jasmani.

Dengan adanya majlis tersebut, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar amat berharap ia menjadi satu titik permulaan kepada mahasiswa dalam usaha untuk membentuk mahasiswa yang cemerlang dari sudut rohani,jasmani, akademik dan sahsiah seterusnya mendapat kecemerlangan di dunia dan diakhirat. Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis berkenaan dan pihak MPP mendoakan semoga kita semua mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T . Kami juga mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Wallahua’lam.

Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar UTHM 2011

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 19/04/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: