Keputusan Malam Anugerah Pelajar UTHM 2010


                                             Gambar 1 : Tahniah kepada semua yang mendapat Anugerah

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM 2011 mengucapkan Tahniah kepada Mahasiswa/i yang mendapat anugerah pada Malam Anugerah Pelajar 2010 (MAP)  yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail  pada malam Jumaat 15 April yang lalu. Sekalung tahniah kepada Saudara Mohd Zulfadli bin Rozali kerana dinobatkan sebagai Mahasiswa Gemilang dan Saudari Borliana bt. Mohamad sebagai Mahasiswi Gemilang UTHM 2010

Dalam acara yang berlangsung dengan penuh warna-warni dengan tema “Malam Retro” itu, turut dianugerahkan beberapa pemenang berdasarkan 11 kategori yang dipertandingkan. Bagi 2 kategori yang lain   iaitu Anugerah Khas HEP  dan Anugerah Khas TNC (HEPA) pemenang dipilih oleh Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Wakil Naib Canselor bagi menjalankan tugas Hal Ehwal Pelajar, Prof Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, YBhg Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus bin Md Hussin yang turut dihadiri oleh pada Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin dan pegawai-pegawai kanan Universiti yang lain.

Majlis tahun ini dimeriahkan lagi dengan persembahan dari penyanyi tahun 70an Hail Amir serta penari-penari kebudayaan dan pemuzik dari Unit Kebudayaan, Pusat Ko-kurikulum, Sukan dan Kebudayaan.

Keputusan Penuh Malam Anugerah Pelajar 2010:

ANUGERAH MAHASISWA GEMILANG 
MOHD ZULFADLI BIN ROZALI
ANUGERAH MAHASISWI GEMILANG 
NORLIANA BINTI MOHAMAD
ANUGERAH OLAHRAGAWAN TERBAIK 
MOHAMMAD IKBAL BIN JUSUF
ANUGERAH OLAHRAGAWATI TERBAIK  
AMINNUR HAYATI BT ZAIMAN
ANUGERAH KEPIMPINAN TERBAIK 
PUA TIONG ENG
ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KHIDMAT MASYARAKAT / SOSIAL / KEBAJIKAN) 
TDI INSPIRATION (KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL) 
ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (AKADEMIK) 
ADO PHOTO WORKSHOP (KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH) 
ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (LATIHAN DAN KEPIMPINAN)
GET FRESH CAMP 1V (JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH) 
ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KEBUDAYAAN DAN KESENIAN)
KONSERT MAHABBAH AL GAZA (KELAB IQRA) 
ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (REKREASI) 
MESRA 2010 (KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH)
ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (SUKAN) 
UTHM MEGA PAINTBALL TOURNAMENT (KELAB KAUNSELING & KERJAYA) 
ANUGERAH KELAB / PASUKAN TERBAIK 
KELAB WARISAN UTHM  
ANUGERAH PASUKAN KEBUDAYAAN TERBAIK 
PASUKAN KOMPANG PALUAN KERAMAT , UTHM 
ANUGERAH PASUKAN SUKAN TERBAIK 
UTHM PADDLERS 
ANUGERAH KOLEJ KEDIAMAN TERBAIK 
KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR 
ANUGERAH SENI BUDAYA
HAZRIEL PAIZAL BIN PAHRORAJI  
ANUGERAH KHAS HEP  
SHING CHONG SENG 
PUA TIONG ENG 
NUR AMIRAH NAJWA BT GHAZALI 
SEKRETARIAT DEBAT UTHM 
ANUGERAH KHAS TNC (HEPA) 
SHAHZADA KHAN BIN NAWAB KHAN
MOHD LATIFI BIN MAHMOOD

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 23/04/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: