MPP UTHM 2011 ke KUFAST 2


14 MEI: Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) bahagian latihan dan kepimpinan telah menganjurkan Kursus Fasilitator UTHM(KUFAST) dengan melibatkan 47 orang peserta dari kalangan mahasiswa UTHM dan seorang wakil dari ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini dikelolakan oleh 15 orang fasilitator yang berpengalaman.

Program ini bertujuan melahirkan lebih ramai fasilitator dikalangan mahasiswa UTHM. Disamping,membentuk keyakinan diri  dan membina keterampilan diri yang mantap dari segi pemakaian, komunikasi dan bersosial secara professional. Program 3 hari 2 malam yang bermula pada 14 Mei 2011 itu bertempat di Anjung Mutiara Beach Resort,Mersing. Antara modul yang dijalankan adalah ‘ice-breaking’, explorace, ceramah dan sebagainya. Selain itu, mahasiswa UTHM juga diajar cara membuat kertas kerja yang betul oleh salah seorang pegawai HEP, En. Ahmad Khirul Nizam Ali. Hasilnya, mereka dapat mempelajari kesalahan yang sering dihadapi dalam membuat kertas kerja.

” Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan peserta memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang program. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua fasilitator dan peserta yang mengikuti program ini.” , Sdri. Khairunnisa Jamalluddin, ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.

 

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 17/05/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: