3 JUN: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) telah berlangsung selama 3 hari, bermula dari 1 Jun hingga 3 Jun 2011. Wakil-wakil ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari 20 IPTA dan 10 IPTS telah berkumpul di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) untuk membuat rudingan dengan pihak kerajaan tentang isu-isu semasa yang timbul.

MPPK telah  dipengerusikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Fungsi rundingan ini adalah untuk mengemukakan pandangan mahasiswa tentang isu-isu semasa supaya kerajaan boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Selain itu, MPPK ini menunjukkan kematangan dan keprihatinan mahasiswa terhadap isu-isu semasa negara. Antara 5 tajuk kertas kerja dibentangkan adalah:

1)      Daya Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Mahasiswa Dalam Memenuhi Keperluan Abad 21

2)      Mengantarabangsakan Minda Mahasiswa Melalui Projek Kemanusiaan

3)      Masa Depan Negara dan Peranan Mahasiswa Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP)

4)      Kecukupan Makanan di Malaysia dan Bagaimana Malaysia Tidak Lagi Bergantung Pada Negara Luar bagi Makanan Rakyat

5)      1Malaysia dan Cabaran Perpaduan Antara Kaum di Malaysia

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk berusaha menjayakan kelima lima kertas kerja ini dan telah memberikan peruntukkan dalam bajet tahunan untuk melaksanakan dan menyempurnakan kertas kerja ini.


About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 03/06/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: