Lawatan ke Kediaman Pelajar Antarabangsa


26 JUN: Jabatan Perhubungan dan Antarabangsa telah mengadakan lawatan ke kediaman pelajar antarabangsa disekitar kampus UTHM bagi mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka. Lawatan tersebut turut dianggotai oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.

Isu yang dilontarkan kebanyakkannya berkaitan dengan penempatan dan keselamatan mereka sepanjang pengajian. Isu penempatan yang dikongsikan bersama MPP ialah berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kolej kediaman tidak dimaklumkan secara effektif kepada pelajar antarabangsa. Mereka mencadangkan agar diletakkan notis berbahasa inggeris di setiap kolej kediaman.

Mengenai isu keselamatan yang dibangkitkan, salah seorang pelajar antarabangsa telah disamun dan perkara ini telah menjadi trauma kepada semua mahasiswa khususnya pelajar antarabangsa.

“Sekarang keadaan seperti tidak selamat lagi, dan kami tak boleh keluar rumah lagi selepas jam 8 malam kerana mengenangkan rakan kami”

kata Abdullah Faizal Sheriff. Katanya lagi, lampu jalan di sekitar kawasan kampus tidak mencukupi untuk menerangi kawasan disitu bagi mengelakkan kes samun pada waktu malam.

Oleh yang demikian, Majlis Perwakilan Pelajar akan sedaya upaya membantu agar kes seperti ini tidak akan berulang lagi demi keamanan semua warga kampus.

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 26/06/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: