Lawatan Ilmiah ke UK dan Eropah



Seramai 24 orang Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM sesi 2009/2010 membuat satu lawatan Mobiliti ke 5 Negara iaitu London, Perancis, Brussel, Amsterdam, dan Frankurt, Pelbagai aktiviti sepanjang di 5 negara ini berkongsi bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM tahun 2011. Kita dapat lihat bahawa kelima-lima negara diatas adalah negara yang termashur di dunia dari segi pembangunan fizikal, ekonomi dunia, bangunan tradisional yang terjaga sehingga kini, sosial, pendidikan.

Ketika berada di London, United Kindom:

Mantan MPP 2009/2010 berkunjung ke Pesuruhanjaya tinggi (HICOM) di London, United Kindom, gambar di tengah adalah Datuk Zakaria Sulong. Walaupun kesuntukkan masa, pelbagai ilmu yang Mantan MPP dapat bersama beliau, termasuklah bagaimana hendak sambung belajar di LONDON. selain itu Mantan melawat tempat yang menarik di Kota London seperti Big Ben, Tower Bridge, Trafalgar Square, Buckingham Palace, House Of Parliament and Covent Garden.

Gambar Kota London yang cantik di musim panas walaupun suhu minima 12 darjah dan suhu maksima 23 darjah celcius:

         

Seterusnya Mantan MPP bergerak ke University Of Cambridge.

Mantan MPP juga tidak melepaskan peluang berkunjung di University Of Cambridge. Di sini mantan MPP berkongsi pengalaman tentang cara mereka belajar. Universiti ini adalah universiti yang terbaik di dunia. Universiti ini juga pernah memenangi sejumlah 81 Anugerah Nobel. University of Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu seperti Usaac Newton (penemuan dan teori graviti), Charles Darwin (teori Evolusi), William Harvey(peredaran darah) , Paul Dirac (mekanik kuantum moden), J.J Thomson (penemuan elektron), Ernest Rutherford (struktur nuklear sebiji atom), James Clerk Maxwell (teori elektromaknetik), James D.Watson & Francis Crick (struktur DNA), Frank Whittle (penciptaan enjin jet) dan Alan Turing (teori komputasi).

Tempat yang di kunjugi semasa di Universiti Of Cambridge:

   

  

Pokok Epal Sir Isaac Newton di Universiti Cambridge

Selesai di Kota London, Mantan MPP bergerak menuju Kota Paris dengan Menggunakan EUROSTAR seperti gambar dibawah.

Eurostar logo2011.png   Eurostar 3012 Waterloo.jpg  

Kereta api in menyeberangi antara negara London dan Perancis dengan menggunakan ‘Channel Tunnel’ iaitu menyeberangi laut.

Setibanya di Kota Perancis, Mantan MPP ada membuat temujanji dengan Kedutaan Malaysia di Perancis,

 

Taklimat awal di berikan oleh beliau mengenai peranan Pejabat Kedutaan Malaysia di Paris. Antaranya kebajikan rakyat Malaysia di Perancis, peranan ekonomi dua hala Malaysia-France, peranan kebajikan pelajar di sini dan lain-lain perkara.


Kemudian 
sesi dialog dua hala antara pihak Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 08/09 bersama-sama Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim dengan pegawai-pegawai Pejabat Kedutaan Malaysia di Paris berlansung. Semasa sesi soal jawab ini, penulis sempat bertanyakan sejauh mana setakat ini, kerjasama ekonomi di antara Malaysia dan Perancis melalui perbandingan ekonomi Malaysia-London yang lebih baik.

gambar yang menarik di Kota Perancis.

    

selain itu mantan MPP juga bersempatan berkunjung dan menaiki Menara Eifel iaitu menara yang tertinggi di kota Paris. Menara Eifel telah dibuka secara rasmi pada tahun 1889. Dibina oleh jurutera hebat yang bernama “Gustave Eiffel”, Menara Eiffel mendapat namanya dari pembuatnya bagi mengenang jasa beliau. Keunikan monumen ini telah memukau mata dunia dan telah mengamit ramai pelawat hingga dikatakan Menara yang sering dikunjungi di dunia iaitu sebanyak 6,428,441 pelawat dan lebih 200 juta sejak ia siap dibina.

Kemudian mantan melawat tempat yang bersejarah di Perancis seperti :

 Notre Dame dalam bahasa Perancis adalah Ibu Kita yang merujuk kepada Bonda Maria. Sebab itulah banyak gereja yang bernama Notre Dame di Perancis dan di negara bekas jajahannya. 

Les Invalides merupakan kubur hero-hero Revolusi Perancis. Napoleon Bonapart dan orang-orang kanan dia dikebumikan di dalam bangunan itu. Sebahagian daripada Les Invalids, ada meriam-meriam gangsa. Semasa penjajahan Nazi Jerman, Adolf Hitler dulu ambil benda dalam bangunan itu seperti meriam, bawa ke Jerman. Selepas Jerman kalah, meriam-meriam ni diambil semula dan letak ke tempat asal.

bas kami melalui Arc De Triomphe . Arca ni dibina sebagai mengingati jasa-jasa rakyat berjuang pada ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Kat bawah ruang-ruang gelap tu ada makam nama dia Tomb of the Unknown Soldier dari Perang Dunia Ke-1

   

Seterusnya mengembara ke Brussel, Belgium.. Mantan Berehat sebentar sebelum menuju ke Amsterdam, Holand. Setibanya di Brussel untuk makan dan minum, mantan MPP berkongsi maklumat di Brussel. menomun di brussel masih terjaga dengan rapi di sana dengan pelbagai lukisan yang cantik..

 

“Perkongsian di Amsterdam dan German akan di sambung kembali. Harap maklum”

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 18/08/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: