SeLamat Hari Raya Aidilfiri dan Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54


Majlis Perwakilan Pelajar UTHM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri dan Menyambut Kemerdekaan ke-54. kami mendoakan sepanjang cuti hari raya nanti, pelajar-pelajar dapat menjaga kesihatan dan keselamatan masing. Majlis juga ingin berkongsi beberapa Tips  yang mungkin sesuai untuk anda yang menaiki kenderaan sendiri supaya perjalanan pulang nanti akan lancar.

Kenderaan perlu diservis

Pastikan kenderaan yang anda gunakan berada dalam keadaan baik, telah diservis agar keadaan performance kereta anda nanti tidak menganggu perjalanan pulang anda. Pastikan tayar kenderaan dalam keadaan baik.

Pastikan jarak perjalanan destinasi anda

Tentukan jarak perjalanan yang bakal anda lalui dan jumlahnya supaya beberapa faktor perlu diambil kira. Penting supaya anda dapat menentukan masa perjalanan untuk sampai ke destinasi.

Kaji tentang laluan yang ingin dilalui

Pemilihan laluan anda untuk sampai ke destinasi supaya beberapa faktor dapat ditentukan seperti kedudukan stesyen minyak sekiranya perlu ketika hendak mengisi minyak, hentian rehat dan rawat. Semuanya perlu disenaraikan ataupun difikirkan supaya perjalanan nanti akan menjadi lancar. Selain itu laluan yang dipilih juga perlu untuk mengelak daripada berlaku kesesakan jalan raya.

Masa untuk memulakan perjalanan.

Masa untuk memulakan perjalanan adalah penting supaya perjalanan yang akan dibuat tiada kesesakan yang teruk, persediaan dari segi mental dan fizikal dan juga masa untuk berehat. Bagi pengguna lebuhraya utara selatan (Plus Highway) lihat pada jadual perjalanan plus highway yang dicadangkan untuk menetukan masa yang sesuai untuk memulakan perjalanan

Sekarang masa dan laluan sudah dipilih dan diharapkan perjalanan pulang berhari raya anda akan lancar tanpa sebarang masalah. Tidak dapat dinafikan musim perayaan pasti timbul kesesakan lalulintas tetapi sekurang-kurangnya kita yang membuat perancangan perjalanan menjadi lebih teratur berbanding mereka yang balik tanpa sebarang perancangan.

Akhir kata, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM 2011 ini ingin mengucapkan selamat pulang berhari raya, hati-hati ketika memandu dan semoga  selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 22/08/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: