Majlis Pecah Tanah Hab Pendidikan Bandar Universiti Pagoh


Pagoh 15 September 2011. – Majlis Perwakilan Pelajar 2011,  Staf UTHM dan 200 Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Ribuan Pelajar dari sekolah dan IPTA menghadiri satu Majlis Pecah Tanah Hab Pendidikan Bandar Universiti Pagoh yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia .

Majlis berlangsung di Pagoh, Muar, Johor dan turut diserikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Fasa Pertama Hab Pendidikan ini akan melibatkan empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh.

Fasa Pertama ini juga berkemampuan untuk menampung sebanyak 14,000 penuntut. Hab Pendidikan Pagoh ini juga meliputi kawasan seluas 400 hektar daripada keseluruhan kawasan seluas 1,600 hektar yang akan dibangunkan sebagai Bandar Universiti Pagoh.

Kewujudan Hab Pendidikan Bandar Universiti Pagoh ini, Malaysia lebih mengutamakan generasi akan datang dalam bidang ilmiah. Insyaallah…Malaysia juga bakal melahirkan banyak saintis muda, pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagainya lagi dan seterusnya menjadikan sebuah Negara yang maju dalam sistem pendidikannya. Insyaallah…

Sumber : Bernama

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 20/09/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: