Program Sambutan Hari Keamanan Sedunia 2011 Pupuk Kesedaran Masyarakat


Ketika dunia menyaksikan kerakusan Zionis untuk mencapai cita-cita mereka menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”, Malaysia sebagai salah satu negara Islam telah terpanggil untuk turut sama menyokong usaha membebaskan bumi Anbiya’ daripada cengkaman Zionis.

Jesteru, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Aman Palestin Cawangan Johor telah menganjurkan program Sambutan Hari Keamanan Sedunia 2011 yang bertema “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 22 September lalu.

Antara objektif program adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam dan membangkitkan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis dalam usaha mendirikan sebuah negara berkuasa besar iaitu Israel Raya.

Majlis dipenuhkan dengan acara seperti rakaman langsung ucapan Presiden Universiti Islam Gaza (IUG) Palestin, Professor Dr. Kamalain K. Shaath, persembahan puisi bertajuk Saf Terakhir Di bumi Gaza oleh Aktivis Pemuisi dan Dramatis Unit Kebudayaan UTHM, persembahan “Choral Speaking” oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading dan juga tayangan Dokumentari khas.

Program tersebut juga diselitkan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya dan Encik Shaharuzzaman Bistaman, Perunding Aman Palestin yang juga merupakan Penceramah bagi isu-isu Palestin.

Bersempena sambutan tersebut, Pusat Islam selaku penganjur juga telah mengambil inisiatif membuat kutipan derma bagi mengumpul dana untuk tabung Aman Palestin.

Kira-kira 300 orang penonton yang terdiri daripada warga universiti, kakitangan Aman Palestin Johor dan pelajar daripada SMK Seri Gading, SMK Tun Ismail dan SMK Dato’ Sulaiman hadir ke majlis tersebut.

Sumber : PRO UTHM

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 23/09/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: