Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin Terima Pelantikan Semula Sebagai Naib Canselor UTHM


Berkuatkuasa 16 Oktober 2011 ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menerima pelantikan semula Naib Canselor UTHM untuk tempoh dua tahun bagi perkhidmatan penggal kedua.

Mengulas tentang pelantikan semula ini, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin mengucapkan rasa terima kasih terhadap kepercayaan tinggi yang diletakkan oleh Kerajaan Malaysia khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi terhadap beliau untuk terus menerajui UTHM.

Professor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin yang juga merupakan anak jati Batu Pahat, Johor adalah merupakan lulusan Ph.D dari Imperial College London. Sepanjang perkhidmatan di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi, beliau mula berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semenjak 1981. Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UTHM pada 2008, beliau pernah berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan telah juga diberi mandat memegang beberapa jawatan utama di dalam Universiti iaitu Dekan, Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor.

“Saya sangat yakin dengan perkembangan UTHM dan saya akan terus berazam di atas kepercayaan yang telah diberikan untuk terus mencemerlangkan UTHM selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 dan Pelan Hala Tuju Malaysian Technical University Network (MTUN) 2011-2015” katanya lagi.

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 10/10/2011, in INFORMASI. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: