Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mula mengagihkan baucar buku 1Malaysia berjumlah RM200 seorang kepada kira-kira 12,988 orang mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh atau separa masa.

Para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) sebelum ini menerima khabar gembira apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan mengumumkan pemberian baucar buku 1Malaysia bernilai RM200 setiap seorang semasa pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu di Parlimen.

Rentetan pengumuman tersebut, UTHM telah menerima sebanyak RM2.6 juta untuk diagihkan kepada para pelajar yang layak. Inisiatif ini dirangka bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian selain untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi Y.

Bagi menyempurnakan amanah tersebut, UTHM telah mengadakan Majlis Pelancaran Baucar Buku 1Malaysia bertempat di perkarangan Perpustakaan pada 9 Januari 2011. Dalam majlis tersebut Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin telah menyerahkan baucar buku 1Malaysia kepada wakil pelajar setiap fakulti dan pusat pengajian.

Beliau ketika ditemubual berharap para pelajar dapat memanfaatkan insentif yang diberikan dengan sebaik mungkin demi kepentingan pengajian masing-masing.

Sementara itu, Norliyana Mohd. Noor,23 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) mewakili pelajar UTHM melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan memberi mereka insentif bagi meringankan beban perbelanjaan mereka sepanjang pengajian.

“Pemberian baucar ini amat bermakna kepada kami, terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa kriteria telah digariskan oleh kerajaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu layak menerima baucar buku tersebut. Antaranya ialah pelajar tersebut mestilah warganegara Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian secara separa atau sepenuh masa di institusi pengajian di bawah seliaan Kementeriaan Pengajian Tinggi atau yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia

Justeru, setiap pelajar UTHM yang berkelayakan boleh menuntut baucar tersebut mulai 9 Januari hingga 31 Mac 2012 di fakulti masing-masing.

Disediakan Oleh :

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177

About Majlis Perwakilan Pelajar UTHM

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Posted on 10/01/2012, in INFORMASI. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Bertuah mahasiswa sekarang sebab ada bantuan macam Baucar BB1M nih..harap dapat digunakan sebaik2nya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: