PERSATUAN PELAJAR


PERSATUAN, KELAB & SEKRETARIAT

Student Innovation & Creativity Club (STIC)

Kelab ini membantu mahasiswa UTHM dan staf bagi menjana idea dan menghasilkan produk dari kreativiti sendiri.Kelab ini juga sedia membantu untuk memberi nasihat dan rundingan mengenai produk yang dihasilkan dan ingin dipasarkan.

Wakil kelab-Mohamad Emrozio Bin Mohd Embros(017-6841525) FacebookStudent Innovation & Creativity Club

Kelab Bahasa dan Kebudayaan Jepun

Penyertaan kelab ini dibuka kepada semua mahasiswa UTHM. Ia menjadi satu platform kepada mahasiswa mempelajari dan memahami budaya dan bahasa Jepun. Selain itu, ia juga menjadi satu medium untuk merapatkan perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum di universiti. Selain daripada akademik, kemahiran yang lain juga diterapkan sebagai contoh kelas bahasa jepun,kelas sushi dan sebagainya. Dengan ini, mahasiswa UTHM bukan sahaja mahir dalam akademik malah dapat meningkatkan pengetahuan lain. Jesteru, sertailah Kelab Bahasa dan Kebudayaan Jepun. Wakil Kelab-Ho Chun Fei(012-4139408) Facebook-uthmninika@group.facebook.com

Kelab Iqra’ UTHM

Kelab Iqra adalah satu-satunya kelab yang membawa dakwah islamiah di kampus UTHM ini di samping dibantu oleh kelab –kelab lain. Agenda kelab adalah membina generasi Al-Quran yang mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan As-sunnah. Di antara program-program menarik yang akan dijalankan pada semester 1 2011/2012 adalah Kuliah Fiqh Nisa’, Kuliah Pembangunan Intergriti Islam,Smart manage and Get A’s dan program outdoor iaitu Permata bagi pelajar diploma dan banyak lagi program-program yang menarik. InsyaAllah, semua program akan sentiasa dimaklumkan melalui poster,blog,Facebook dan banner. Di samping mengejar kehidupan sebagai mahasiswa kampus yang sibuk dengan akademik,Kelab Iqra’ membuka keahlian untuk turut melakukan kerja-kerja Islam seperti menjadi Islamic Fasilitator dan juga menjadi ahli IGG ( Islamic Genius Group) . Islamic Genius Group ditubuhkan untuk  adalah untuk menjadikan mahasiswa Islam khususnya seimbang dari segi pencapaian akademik yang cemerlang di samping cemerlang dunia dan akhirat. Jom Join Kelab Iqra!! Islam For All and KI for All ! Wakil Kelab– MUHAMMAD ZULKIFLI BIN CHE LAH (013 7105133) FacebookKelab Iqra’ UTHM Blogspot- http://ki-uthm.blogspot.com/

Secretariat Institute of Engineers Malaysia(SIEM)

SIEM- Secretariat Institute of Engineers Malaysia, is a student chapter of Institute of Engineers Malaysia, which is encouraging the study of engineering, collecting and disseminating engineering information, improving the general and technical knowledge of persons engaged in his/her professional field.We try our best to encourage engineering students in UTHM by giving them professional help through organizing technical site visits and sending representatives to join conferences related to the engineering society. We also organize annual activities such as the “Kota Sesat” in conjunction with the graduation week with the help of the student’s representative council which has been successful for the past 3 years. It could be broaden your mind horizon and creative potential which benefit much in your professional career, and make contributions for university and country in future. Wakil Kelab– NG BOON JOO(014-9197728) FacebookSecretariat of Institute of Engineering  Malaysia(SIEM) UTHM

Kelab Kejuruteraan Elektrik(KKE)

Kelab KKE yang berkonsepkan akademik ini bertujuan untuk membantu mahasiswa meningkatkan kualiti akademik, memberi khidmat dan nasihat dari segi akademik,   kerohanian, pengurusan dan kebajikan serta membentuk pemimpin yang syumul.  Kami telah berjaya melahirkan graduan-graduan yg mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam menerusi program-program yang telah kami jalankan terutama kepada pelajar FKEE.  Kelab ini juga merupakan medium perantaraan di antara pelajar FKEE dengan pihak atasan.  Segala masalah yang dihadapi atau cadangan yang ingin diutarakan boleh di sampaikan melalui kelab ini dan seterusnya, tindakan yang efektif akan di ambil untuk keselesaan bersama. Wakil Kelab– AHMAD MUSTAQIM BIN JINAL(013-3747224) Facebook– http://www.facebook.com/uthmkke

Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam UTHM

Kelab ini akan memberi pendedahan realiti dunia kejuruteraan awam. Selain itu, ia mampu merapatkan hubungan mahasiswa dan orang awam.Aktiviti –aktiviti yang dijalankan adalah seperti lawatan, taklimat dan sebagainya bagi melahirkan jurutera awam yang berkempipinan dan berkemahiran. Wakil Kelab– ALFFIAN ROBERT(0128309226) FacebookPersatuan Pelajar Kejuruteraan Awam UTHM

Permuafakatan Siswa Siswi Felda(PERSADA) UTHM

Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA) merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. PERSADA secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2009 dan bernaung di bawah seliaan SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Kini PERSADA bergiat aktif diseluruh 20 IPTA dimana Penasihat Persada Kebangsaan merupakan Timbalan Naib Canselor (Hepa), Universiti Utara Malaysia yang juga warga Felda. Kebanyakan daripada program kami lebih kepada usaha untuk membantu dan memberi kesedaran kepada waris bangsa terutamanya anak-anak felda sendiri untuk memajukan diri , membentuk sahsiah yang baik dan secara tidak langsung dapat memajukan felda itu sendiri. Kebanyakkan daripada aktiviti yang kami jalankan lebih kepada motivasi untuk pelajar-pelajar upsr,pmr dan juga spm dan juga aktiviti-aktiviti yang bebentuk kemasyarakatan . setiap tahun akan diaadakan konvensyen PERSADA KEBANGSAAN yang akan mengumpulkan setiap persada daripada universiti-universiti di seluruh malaysia melalui konvensyen ini setiap ahli-ahli PERSADA bebas untuk tampil meluahkan dan menyumbangkan idea bagi membantu dan memajukan anak-anak felda itu sendiri.Wakil Kelab– MOHD ZAKIR BIN ABD SAMAD(013-9406986) Facebook– persadauthm@yahoo.com Blogspot– www.persadauthm.blogspot.com

Kelab Warisan UTHM

Kelab Warisan UTHM merupakan kelab kebudayaan UTHM yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar universiti yang terlibat secara langsung dengan kebudayaan dan warisan. Kelab Warisan merupakan penyandang Anugerah Saron Wangsa di mana telah di iktiraf MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia) sebagai kelab yang paling aktif yang memartabatkan kesenian dan kebudayaan di peringkat IPTA. Kelab Warisan juga telah menggondol Kelab /Persatuan Terbaik  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk tahun 2009 dan 2010. Kelab Warisan mempunyai pelbagai cabang kebudayaan iaitu : 1. Lentera Tari (Tarian Tradisional & Moden) 2. Aktivis Pemuisi Dan Dramatis (Lakonan) 3. Gemersik Sahmura & Nuriman (Nyanyian & Nasyid) 4. Blue Wave & Serikandi Angklung (Muzik) 5. Serikandi Angklung (Angklung) 6. Paluan Keramat (Kompang) 7. Putera Pesaka (Dikir Barat) 8. Teratai Putih (Gendang Cina) 9. Kumpulan Tarian Klasik India 10. Sukarelawan Budaya Wakil Kelab-MOHD RIDHWAN BIN ABU BAKAR(013-7914513) Facebook– KELAB WARISAN UTHM

Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia UTHM (PSSGMUTHM)

Silat seni gayung merupakan salah satu seni beladiri yang tidak asing lagi dan sering kali didengari. Silat seni gayung telah lama melebarkan sayapnya disetiap pusat-pusat pengajian tidak mengira di sekolah-sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Kini silat seni gayung telah melebarkan sayapnya lagi di UTHM dengan nama Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia UTHM (PSSGMUTHM). Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia UTHM (PSSGMUTHM) merupakan persatuan yang baru ditubuhkan di UTHM bermula semester 2010/2011. PSSGMUTHM ditubuhkan adalah bagi membolehkan mahasiswa/i mahupun staf untuk mempelajari dan ingin mempelajari ilmu beladiri dengan lebih mendalam mengenai ilmu beladiri silat seni gayung dan ia dibuka kepada seluruh warga UTHM tanpa mengira peringkat umur. PSSGMUTHM adalah dilatih oleh gurulatih yang sangat terlatih dan beliau merupakan salah seorang murid yang tertinggi peringkat pembelajarannya didalam Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM). Wakil Kelab– Mohd Firdaus bin Azam(013-211908) Facebook PSSGM UTHM

Kelab Kembara UTHM

Kelab Kembara merupakan sebuah kelab yang aktif dalam menjalankan kegiatan-kegiatan rekreasi dan lasak yang bernaung di UTHM. Sejak awal penubuhannya lagi, kelab ini banyak menempa nama dengan penganjuran aktiviti yang berbentuk penerokaan, pendakian dan penyelaman. Kemantapan dalam mentadbir dan mengurus kelab dari generasi pertama sehingga saat ini, terus membawa Kelab Kembara ke satu mercu kejayaan dengan penganjuran lebih banyak lagi aktiviti.Berpegang kepada moto, “Setiap detik, setiap langkah, itulah kembara” Kelab Kembara UTHM akan terus memikul tanggungjawab untuk menyediakan medium bagi pelajar-pelajar UTHM khasnya untuk menyediakan ruang kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Wakil Kelab– Awalluddin Bin Misran(0177628492) Facebook– Kelab kembara UTHM Laman Webhttp://kelabkembara.bravehost.com/forum.html

Kelab Kaunseling & Kerjaya(KKDK) UTHM

Kelab Kaunseling dan Kerjaya atau lebih dikenali dengan nama KKDK UTHM adalah sebuah kelab yang telah lama bertapak di UTHM. Kini KKDK UTHM berada di bawah naungan Jabatan Kaunseling dan Kerjaya UTHM. KKDK UTHM merupakan sebuah kelab komuniti pelajar UTHM. Ia adalah kelab yang kedua tertua penubuhannya di UTHM yang sebelum itu dikenali sebagai PLSP. Kini, setelah 14 tahun, dari PLSP ke ITTHO, KUiTTHO dan seterusnya UTHM, Kelab ini masih berdiri kukuh sebagai sebuah kelab yang paling aktif di UTHM dan kini mempunyai keahlian lebih daripada 500 pelajar.Kini, kelab KKDK semakin berkembang pesat serta aktif memacu menyediakan ruang bagi mahasiswa dalam mengiplementasikan segala tenaga, ilmu dan bakat yang ada untuk masyarakat serta menyediakan pelbagai bentuk program dan aktiviti yang menjurus kearah pembangunan insaniah dan kemakmuran sejagat. Wakil Kelab– JEFRI BIN SAARI( 012-5479936) FacebookKKDK UTHM

Sekretariat Debat Bahasa Melayu UTHM

Sekretariat Debat Bahasa Melayu UTHM merupakan salah sebuah sekretariat yang banyak memenangi anugerah-anugerah dalam pertandingan yang dimasuki. Visi utama sekretariat ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang berminda kriktikal dan peka terhadap isu-isu semasa. Antara pencapaian sekretariat ini adalah seperti Naib johan dalam Pertandingan debat Diraja(2009)(2010), Naib johan Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional(2010) dan banyak lagi. Banyak memasuki pertandingan-pertandingan yang dianjurkan antaranya Cakna Debat dengan Meneroka ilmu 2010, Pesta Intelek dan Hujah 2010 (PETAH),  Pesta Cakna Hujah 2011 (PECAH),  Debat Integriti 2010/11,  Jalinan Mesra Bersama MRSM Batu Pahat dan lain-lain lagi.

Wakil Kelab– Mohd Saddam Kamarulzaman (012-9350957)

Facebook–  Debat UTHM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: