Arkib MPP


Usaha-usaha MPP 09/10 
Perkara Aduan/Penerangan
Isu Pelajar tahun pertama melanggar kontrak menduduki kolej kediaman Universiti  semester 2 sesi 2009/2010.
Kesan Terdapat sekitar 30 orang pelajar perlu membayar yuran asrama walaupun tidak menginap di kolej kediaman akibat melanggar kontrak penempatan kolej kediaman tahun pertama
Tindakan MPP Menyusulkan kepada TNC HEPA untuk menukarkan yuran wajib tersebut  (RM469) kepada denda RM50 sebagai penalti melanggar kontrak
Hasil Perkhidmatan pengangkutan transit dalam kampus UTHM yang kurang  memuaskan pada tahun 2009.
   
Isu Perkhidmatan pengangkutan transit dalam kampus UTHM yang kurang  memuaskan pada tahun 2009.
Penambahbaikan Kontrak tunggal Sikun Jaya Sdn Bhd pada tahun 2009 telah ditambahkan bilangan kontraktor perkhidmatan bas pada tahun 2010. Kini UTHM mempunyai 4 pihak yang beroperasi dan bersaing untuk member perkhidmatan pengangkutan di UTHM (Sikun Jaya, Color Plus, Eltabina dan UTHM).
Tindakan MPP Kesinambungan daripada usaha MPP 08/09, MPP 09/10 meneruskan usaha dalam memantau dan menyusun semula perjalanan pergerakan bas dari masa ke semasa berdasarkan kesesuaian pelajar dan kapasiti pengangkutan.
Isu Fasiliti Kolej Kediaman Taman Universiti yang kurang memuaskan.
Kesan Berlaku kerosakan perabot, paip bocor, siling bocor, tiada tempat membasuh pakaian, rumah terlalu padat.
Tindakan MPP Menyusulkan beberapa perkara:

  1. Perabot yang rosak digantikan dengan yang baru
  2. Rekabentuk sistem perpaipan dan kumbahan diubahsuai semula
  3. Membina tempat membasuh pakaian
  4. Mengurangkan kapasiti penduduk satu rumah
Hasil Perabot-perabot yang rosak telah digantikan, sistem perpaipan rumah di KK Taman Universiti telah diubah secara drastik supaya tidak lagi air melimpah ke ruang tamu, tempat membasuh pakaian turut dibina, kapasiti menduduki sebuah rumah dikurangkan kepada 5 orang. Penduduk di KK Taman Universiti kini lebih selesa berbanding sebelum ini.
Isu Masalah tekanan air yang terlalu lemah di KK Taman Universiti.
Tindakan MPP Meminta pihak universiti mengambil tindakan kepada kontraktor supaya menyelesaikan masalah ini. Meminta pihak universiti mengambil tindakan kepada kontraktor supaya menyelesaikan                 masalah ini.
Hasil Beberapa siri tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini secara berperingkat:

  1. Meminta Syarikat Air Johor (SAJ) untuk meningkatkan tekanan air
  2. Memasang pam tambahan untuk menguatkan tekanan air
  3. Menambah beberapa tangki tambahan di blok A KK Taman Universiti
  4. SAJ membuat “bypass” pada paip utama air supaya air terus mengalir dari paip utama Batu Pahat ke Taman Universiti.
Isu Kekurangan kapasiti kolej kediaman di UTHM.
Kesan Pelajar kanan sukar mendapat rumah sewa di Parit Raja, harga rumah sewa luar terlalu mahal, kolej kediaman sedia ada jauh dari kampus
Tindakan MPP YDP MPP UTHM membuat usul kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan seterusnya kepada Perdana Menteri supaya di dalam Rancangan Malaysia ke-10 di sertakan penambahan kolej kediaman di dalam UTHM.
Hasil Usul telah diterima, kolej kediaman dengan kapasiti 5000 orang akan dibina di dalam kampus induk UTHM, kerja-kerja pengukuran telah dimulakan, dijangka siap pada 2012. Dijangka menyelesaikan masalah-masalah seperti penempatan pelajar kanan, masalah sosial, masalah kemalangan jalan raya , dan masalah mencari rumah sewa.
Isu Masalah kehadiran kilang Evergreen Fibreboard berhampiran UTHM.
Tindakan MPP
  • MPP 08/09 pernah menyusulkan memorandum menutup kilang kepada Timbalan Perdana Menteri pada 2009.
  • Susulan itu, MPP 09/10 kemudian menyusulkan memorandum bantahan dan menutup kilang tersebut kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 23/06/2010.
  • Dengan bantuan pelajar biasa, satu pasukan media dari TV1 (Titik Sentuhan) telahbertemu dengan MPP  untuk membuat liputan mengenai isu ini, dan isu ini telah didedahkan di dalam media.
Hasil memorandum Jabatan Alam Sekitar Batu Pahat (JASBP) mengeluarkan 4 kompaun dalam tempoh 1 bulan kepada kilang tersebut. JASBP turut menulis surat secara rasmi kepada MPP untuk memberitahu tindakan susulan berdasarkan memorandum MPP  sedang diambil                                     terhadap kilang tersebut.
Isu Liputan wireless UTHM yang tidak menyeluruh, tiada Wifi di Taman Universiti.
Penerangan Wireless UTHM menggunakan pencawang untuk menyampaikan signal wifi. Dalam satu kolej kediaman terdapat beberapa signal pencawang. Satu pencawang hanya boleh menampung beberapa pengguna dalam satu-satu masa (cth 20 orang). 20 orang pertama tersebut akan dapat login dan menggunakan wifi, makala orang ke 21 dan ke atas tidak akan dapat menggunakan wifi walaupun telah “connect” kepada signal  pencawang. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti dan kelajuan perkhidmatan wifi yang diperoleh.
Tindakan MPP MPP telah mengusulkan kepada pihak universiti supaya menambah pencawang kepada kolej-kolej kediaman utama seperti di Perwira dan Taman Melewar yang mempunyai kapasiti pelajar yang tinggi. Namun UTHM tidak mempunyai peruntukan kewangan yang cukup untuk menambah pencawang yang banyak pada tahun 2010.
Hasil perbincangan Universiti memutuskan untuk memasang pencawang wifi kepada KK Taman Universiti untuk memberi perkhidmatan wifi, kini KK Taman Universiti telah mempunyai perkhidmatan Wifi. Penambahbaikan akan terus dilakukan secara berperingkat  berdasarkan bajet tahunan yang diperoleh daripada kerajaan melalui bajet tahun 2011.
Isu Fasiliti bilik kuliah yang kurang memuaskan dan rosak.
Kesan Banyak penghawa dingin tidak berfungsi, projektor rosak, meja dan kerusi patah, dan plak dinding rosak.
Tindakan MPP Melancarkan satu program PENGAUDITAN BILIK KULIAH, dengan bantuan rakan-rakan exco MPP, MPP telah mengaudit semua bilik kuliah di UTHM, hasil maklumat auditdiserahkan kepada pihak Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM untuk membuat tindakan membaiki fasiliti dengan segera.Tindakan MPP ini diperlukan kerana di UTHM hanya terdapat 2 staf sahaja yang memantau keseluruhan bilik kuliah UTHM, maka MPP dan rakan exco MPP bersama-sama membantu universiti untuk keselesaan pelajar UTHM.
Isu Jalan Alternatif Perwira-Kampus Induk yang bersemak tinggi.
Penerangan Jalan alternatif tersebut bukanlah harta dan dibawah penyelengaraan pihak UTHM, maka tiada sebarang peruntukan yg diberikan untuk membersih mahupun menyelenggara kawasan tersebut.
Tindakan MPP MPP mengusulkan kepada pihak HEP, PPH dan Bendahari untuk melakukan kerja pembersihan semak pada kawasan tersebut. Usul MPP adalah supaya jalan alternatif tersebut dibersihkan secara berkala.
Hasil Pihak pentadbiran universiti telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan untuk membersihkan jalan alternatif secara berkala. Semak yang tinggi di jalan tersebut telah dibersihkan awal semester 1 dan 2 sesi 2010/2011.
Isu Tempat parkir motosikal di G3 kurang.
Penerangan Berlaku beberapa insiden motosikal pelajar jatuh dan rosak akibat berlaku keadaan parkir yang sangat sempit di kawasan G3.
Tindakan MPP Mengusulkan kepada pihak Keselamatan UTHM untuk menambah kawasan parker motosikal, dan membuat usul kepada pihak PPH untuk mempercepatkan proses mengecat kawasan parkir motor.
Hasil 500 tempat parkir baru motosikal disediakan di kawasan G3.
Isu Kebersihan saliran kafetaria kolej kediaman tidak memuaskan.
Penerangan Berdasarkan pemantauan semasa MPP, terdapat banyak longkang dan paip yang tersumbat di kawasan kafetaria. Akibatnya air kotor daripada sisa makanan dan masakan melimpah masuk kafetaria dan menghasilkan bau yang busuk.
Tindakan MPP Membuat usul kepada pihak PPH bagi membersihkan semua kafetaria
Hasil Semua longkang dan paip yang tersumbat di kafetaria diselenggara dan dibersihkan.
Isu Kurang kawalan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Pelajar Tanpa Asrama Kelisa.
Penerangan Berlaku beberapa insiden dimana motosikal pelajar dicuri, dan mahasiswa bebas bergaul di antara blok lelaki dan perempuan kerana tiada pemantauan daripada pihakkeselamatan.
Tindakan MPP Mengusulkan kepada pihak HEP dan Keselamatan UTHM untuk membina pondok pengawal dan mengupah pengawal keselamatan bagi mengawal keselamatan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan sosial mahasiswa.
Hasil Pihak pentadbiran UTHM bersetuju mengupah pihak swasta untuk menyediakan pengawal keselamatan di kedua-dua kolej kediaman dan pelajar tanpa asrama bagi menjalankan tugas mengawal keselamatan.
Isu Keadaan jalan raya yang rosak di UTHM
Tindakan MPP Mengusulkan kepada pihak PPH supaya mengambil tindakan membaiki jalan-jalan yang rosak
Hasil Jalan raya telah dibaiki, ia memakan masa sekitar 3 minggu bagi memastikan “crusher run” yang ditabur adalah benar-benar mampat dan tidak berlaku tanah mendap dan rosak semula.
Isu Pelajar kanan memerlukan penginapan di kolej kediaman.
Penerangan Sekumpulan pelajar kanan tidak sempat mencari rumah sewa ketika kontrak penginapan di kolej kediaman mereka hampir tamat, maka mereka memulakan semester baru mereka tanpa rumah
Tindakan MPP Memohon kepada Unit Perumahan Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk membuka semula permohonan untuk menginap di kolej kediaman bagi pelajar kanan pada semester 1 sesi 2010/2011
Hasil Permohonan MPP berjaya dan peluang untuk pelajar kanan memohon kolej kediaman di buka semula dan majoriti besar kumpulan pelajar kanan tersebut mendapat penempatan di kolej kediaman.
Isu Sebilangan pelajar tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kerana tarikh konvokesyen mereka bertindih dengan peperiksaan akhir semester
Tindakan MPP Mencari jalan dan berunding dengan pihak Pengurusan Akademik, pihak Dekan Fakulti yang terlibat dan penyelaras subjek yang bertindih tersebut supaya kumpulan pelajar tersebut boleh mengambil peperiksaan akhir pada masa yang lain.
Hasil Kumpulan pelajar tersebut dibenarkan untuk mengambil peperiksaan pada waktu lain dan mereka dapat menghadiri Majlis Konvokesyen di IPT mereka sebelum ini.
Isu Harga makanan kafetaria dan Arked yang tidak konsisten (kadang kala mahal, kadang kala murah).
Tindakan MPP Mengkaji harga dinding yang sepatutnya dikenakan oleh peniaga makanan, MPP turun padang dan memantau secara berkala penetapan harga makanan bagi kafetaria-kafetaria yang banyak mendapat aduan daripada pelajar.
Penerangan Difahamkan bahawa Arked adalah tempat menjual makanan yang mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding kafetaria lain di UTHM, dan Arked adalah tempat makanutama staf-staf UTHM, maka harga makanan di sana adalah lebih mahal berbanding kafetaria lain.
Hasil Kafetaria-kafetaria yang dipantau tersebut dilaporkan kepada pihak HEP dan pihak pengurusan universiti turun dan memantau harga makanan pada awal tahun 2010, kini harga makanan kafetaria di UTHM stabil.
Isu Pertindihan tarikh peperiksaan akhir iaitu tarikh dan masa sama dengan peperiksaan MUET.
Tindakan MPP Mohon PPA mengubah tarikh peperiksaan akhir yang melibatkan subjek fakulti kepada tarikh lain mengikut persetujuan semua pelajar yang terlibat.
Hasilnya Pelajar yang terlibat boleh mengambil kedua-dua peperiksaan.
Isu Kerosakan Fasiliti di Kafeteria G3 seperti kipas dan meja
Tindakan MPP Mohon PPH menukarkan kipas baru dan membaiki meja serta kerusi di kafeteria G3. Segala fasiliti berfungsi dengan baik.
Hasilnya Pelajar boleh duduk dan makan dalam keadaan yang lebih selesa.

ISU/MASALAH AKADEMIK

BIL ISU/MASALAH ULASAN ISU/MASALAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1 Jadual kuliah Jadual kuliah pelajar dari pukul 5-7 ptg tidak sesuai kerana waktu untuk riadah dan latihan untuk pelajar mewakili universiti dalam acara sukan. Menetapkan jadual kuliah yang lebih teratur.
2 Ujian pada hari Sabtu dan Ahad Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk pelajar menyertai aktiviti kelab dan ko-korikulum. Diadakan minggu ujian supaya waktu ujian dapat diselaraskan.
3 Projek akademik Terdapat subjek yang memerlukan pengambilan data di luar dari universiti. Perlu ponteng kelas utk melaksanakan projek. Pelajar boleh memohon pengecualian kuliah sekurang-kurangnya 2 hari dalam 1 semester untuk melaksanakan projek.
4 Syarat bergraduan band 2 Seperti yang diketahui, 2 tahun lepas terdapat seramai 700 orang tidak dapat bergraduan kerana syarat bergraduan adalah band 3, maka TNC A pada ketika itu telah bersetuju untuk menurunkan kepada band 2, tetapi kini UTHM sedang menuju kearah universiti bertaraf antarabangsa, dan kualiti graduan perlu ditingkatkan supaya boleh bersaing dengan baik dengan graduan daripada universiti lain. Akibat daripada syarat bergraduan band 2,standard graduan di UTHM kini menjadi lebih rendah berbanding IPTA lain yang menetapkan syarat band 3 dan ke atas.  Ubah semula syarat bergraduan MUET kepada band 3.
5 Jadual waktu kuliah yang sering bertindih dengan subjek lain dan tidak sesuai waktunya Pada awal semester 2 sesi 2009/2010, banyak kuliah daripada setiap fakulti telah bertindih dengan jadual kuliah daripada fakulti lain cth: pelajar FKMP yang mengambil subjek kenegaraan daripada FSSW, akibat daripada pengeluaran jadual yang berbeza waktu daripada dua fakulti tersebut untuk subjek kenegaraan, pelajar-pelajar terpaksa mencari waktu berlainan dan menyusun semula jadual waktu mereka untuk mengadakan kuliah untuk subjek tersebut, tetapi pelajar mengalami kekalutan untuk mencari waktu yang sesuai kerana rata-rata pelajar dalam 1 seksyen kenegaraan terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti. Mengadakan 1 pensyarah sebagai wakil untuk mengajar subjek seperti kenegaraan untuk 1 fakulti sahaja, pelajar-pelajar daripada fakulti berbeza tidak akan bercampur dalam 1 seksyen bagi mengelak masalah berbangkit seperti mencari masa yang sesuai untuk ujian atau pembentangan projek.
6 Wang anugerah konvokesyen lambat masuk Terdapat ramai pemenang anugerah seperti anugerah Puan Sri Sapura dan Anugerah Cancelor lambat mendapat wang anugerah mereka. PPA dan bendahari memakan masa sehingga 1 semester bagi menguruskan hal berkaitan wang anugerah. 1.Pastikan tajaan telah diperoleh sebelum memberi anugerah kepada pelajar.2. Keluarkan memo atau menghubungi pelajar-pelajar berkenaan status anugerah tersebut.
7 Masalah pengurusan tempat latihan industri di UHKI Terdapat ramai pelajar yang mengadu mempunyai permasalahan mengenai pengurusan tempat latihan industri di UHKI. Antaranya ialah :-          Layanan staf UHKI (di kaunter ) yang tidak memuaskan dan tidak mesra-          Pelajar masih ramai tidak mendapat tempat latihan industri walaupun di saat-saat akhir Sistem pengurusan yang lebih efektif dan berkesan serta layanan yang memuaskan daripada staf UHKI.
8 Masalah penggunaan bahasa Penggunaan Bahasa Melayu dalam pembelajaran walaupun dengan adanya pelajar antarabangsa di dalam kuliah tersebut. 1. Menggunakan Bahasa Inggeris pada waktu pembelajaran.2. Pelajar antarabangsa diasingkan dan diajar pada waktu lain/palajar antarabangsa ditukar pada seksyen lain.
9 Pelajar antarabangsa berasa lesu dan tidak aktif di UTHM Mereka tidak mahu sekadar pergi kelas belajar dan kemudiannya balik ke bilik. Menjadi medium yang sesuai untuk  berkomunikasi dengan pelajar  tempatan.
10 Terdapat jurang di antara pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan Mereka sukar nak berkomunikasi dengan pelajar tempatan. Setiap pelajar asing yang datang diwajibkan menjalani kursus intensif BahasaMalaysia.
11 Pelajar antarabangsa menghadapi masalah kurang pemahaman bahasa Melayu Sekiranya terdapat kelas yang bercampur dengan pelajar antarabangsa, pensyarah akan menggunakan Bahasa Inggeris yang kadang kala kurang difahami oleh pelajar antarabangsa serta pelajar tempatan. Setiap pelajar asing yang datang diwajibkan menjalani kursus intensif BahasaMalaysia.
12 Pelajar antarabangsa memerlukan sebuah kelab yang rasmi bagi  membolehkan mereka terlibat dalam kegiatan berorganisasi Mereka berasa lesu kerana sukar mendapat peluang untuk berorganisasi. Menubuhkan sebuah kelabpelajar antarabangsa sebagai platform untuk member mereka peluang berorganisasi dan menimba pengalaman.
13 Pelajar ijazah kemasukan politeknik tidak mendapat pengecualian kredit untuk subjek kokurikulum 1 Tindakan: Pernah dibincangkan dengan Naib Canselor mengenai perkara ini. Cadangan: Memohon supaya dikaji semula dan dipertimbangkan subjek kokurikulum di Politeknik supaya diiktiraf di UTHM dan dibenarkan pengecualian kredit
14 Sistem gred akademik baru untuk pelajar kemasukan sesi 2010/2011 Penerangan:   MPP pernah menerangkan kepada pelajar-pelajar mengenai sistem baru gred akademik, kebanyakan pelajar kanan telah memahami perkara ini.Kesan lanjutan: Terdapat aduan tentang subjek sama yang diambil oleh pelajar kanan dan pelajar kemasukan 10/11, namun sistem pengredan mereka berbeza bagi pelajar kanan dan pelajar baru, maka berlaku ketidakadilan dalam skim pemarkahan dimana pelajar baru mudah skor pointer yang tinggi manakala pelajar kanan sukar untuk skor pointer yang tinggi.Penerangan dari PPA: PPA pernah menerangkan bahawa perkara ini tidak dapat dielakkan kerana termaktub di dalam kontrak perjanjian. Tambahan PPA pernah memberitahu bahawa gred pelajar kanan sukar diselaraskan bersama sistem baru kerana data pelajar terlalu banyak Cadangan: Mohon satu penyelarasan dan system gred yang sama diimplimenkan untuk pelajar kanan dan pelajar baru.Mohon mengkaji semula markah subjek-subjek yang diambil  pelajar kanan bersama pelajar baru tetapi berlainan system grednya. Subjek yang terlibat terlalu banyak kerana ramai pelajar kanan yang repeat subjek dan ambil bersama pelajar baru.-Latihan Industri (LI) boleh dijalankan semasa cuti semester (4 bulan)
15 Peperiksaan akhir semester lambat (semester 1 sesi 2010/2011) Kesan  -PTPTN lambat diproses kerana memerlukan data keputusan peperiksaan pelajar-Cuti akhir semester menjadi pendek-Yuran asrama bertambah mahal kerana tempoh pengajian yang lama-Program-program yang diselaras bawah KPT yang memerlukan komitmen peserta semua IPTA terganggu kerana pelajar UTHM sedang mengambil peperiksaan. Cadangan:Tidak lagi memanjangkan tempoh minggu ulangkaji (study week) sehingga 3 minggu.
16 Ramai pensyarah tidak mengeluarkan carry mark kursus Kesan  -Pelajar tidak dapat mengesan samada kesemua markah mereka telah dimasukkan ke dalam sistem pemarkahan pensyarah-pensyarah tidak sengaja menghilangkan kertas ujian pelajar dan pelajar tidak dapat mengesan keadaan markah mereka. Cadangan: Mohon supaya semua kursus dikeluarkan semua markah ujian dan carry mark mengikut tarikh yang telah ditetapkan
17 Isu berulang: kuliah sehingga jam 7pm Kesan:-pelajar terlalu penat dan tidak dapat menerima ilmu yang disampaikan-pelajar tidak dapat menjalankan aktiviti/ riadah pada waktu petang Cadangan: Menetapkan supaya kelas terakhir hanyalah sehingga jam 6 petang
18 Subjek elektif: pelajar telah mendaftar dalam SMAP pada semester lepas tetapi selepas naik semester pelajar perlu menukar kepada subjek elektif yang lain dengan alasan melebihi kapasiti pelajar yang sepatutnya. Kesan:-pelajar perlu menukar subjek elektif yang lain tetapi kekosongan tidak diketahui sedangkan ada yang di tahun akhir pengajian-pelajar yang telah memilih subjek itu kerana minat terpaksa menukar subjek yang lain-berlaku kecelaruan di saat sepatutnya telah memulakan pelajaran tetapi masih perlu mendaftar subjek lain. Cadangan: Pendaftaran pelajar mengikut SMAP tidak diubah sewenang-wenangnya supaya sistem SMAP tidak dipertikaikan.

 

 

Leave a comment